Selasa, 28 Mac 2017

Tingkatan 1 - Bab 4

Unit 4 : Graf

4.1 Mengumpulkan dan Merekodkan Data
Kaedah Pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik/tinjau siasat / survei, rujukan perpustakaan


Panduan Membina Graf Bar Mudah


Langkah 1: 
1.Lukis paksi mendatar dan paksi menegak
2.Paksi mendatar : cara datang ke sekolah
   Paksi menegak : mewakili bilangan pelajar

Langkah 2:
1.Pilih skala mendatar dan skala menegak yang sesuai.
Paksi mendatar : 3 petak mewakili setiap cara dating ke sekolah
Skala menegak : 1cm mewakili 5 pelajar

Langkah 3:
1.Tandakan + pada titil persilangan bilangan pelajar yang ke sekolah dengan bas,
    iaitu 18 orang : petak 18 pada paksi menegak
2.Kemudian, tandakan titil persilangan bagi bilangan pelajar yang menggunakan cara yang lainnya untuk
   ke sekolah

Langkah 4:
1.Berdasarkan tanda-tanda tersebut, lukis bar yang menganjur ke atas.
2.Bezakan bar-bar itu dengan lorekan atau warna yang sesuai.
3.Sediakan petunjuk bagi setiap lorekan atau warna yang diwakili oleh setiap bar.
4.Seterusnya, berikan tajuk yang sesuai bagi graf tersebut.





Panduan Membina Graf Garisan

Jenis graf yang sesuai skeali untuk mempersembahkan data-data tentang min suhu bulanan ialah graf garisan. Contohnya, suhu di Kuching, Sarawak.

Langkah 1:
1. Lukis paksi mendatar dan paksi menegak.
2. Paksi mendatar mewakili bulan.
3. Paksi menegak mewakili suhu (℃)

Langkah 2:
1. Pilih skala menegak yang sesuai.
2. Skala menegak = 1cm mewakili 10

Langkah 3:
1. Tandakan + pada titik persilangan suhu pada bulan Januari, iaitu 24℃.
2. Kemudian, tandakan titik persilangan bagi suhu bulan Februari dan seterusnya.
3. Paksi mendatar jarak antara setiap satu bulan hendaklah sama.

Langkah 4:
1. Sambungkan semua tanda dengan satu garisan seperti yang ditunjukkan.
2. Beri tajuk yang sesuai pada graf tersebut.






RUMUSAN

Kaedah Pemerhatian, Temu Bual, Banci, Soal Selidik / Tinjau Siasat / Survei dan Rujukan Kepustakaan


Mengumpulkan dan Merekodkan Data


Menyusun Data / Maklumat dalam Jadual


Membina Graf Berdasarkan Jadual

↙                   ↘

                                                     Graf Bar Mudah                            Graf Garisan

↘                      ↙

Membuat Tafsiran


k

Tiada ulasan:

Catat Ulasan